Sunday 11 December 2016

Filled Under:

Taraf Pemain Import! Inilah Nilai Perpindahan Dan Gaji AMRI YAHYAH Sertai Melak United..Patut La Sanggup Tinggalkan JDT

Taraf Pemain Import! Inilah Nilai Perpindahan Dan Gaji AMRI YAHYAH Sertai Melak United..Patut La Sanggup Tinggalkan JDT

MELAKA, 10 Dis ― Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Amri Yahyah akan menyertai pasukan Melaka United dalam menghadapi saingan Liga Super musim akan datang.

Langkah kapten Harimau Malaysia itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), lapor BH Online. 

“Ya, dia akan menyertai Melaka United dan keputusan muktamad mengenainya akan diselesaikan Isnin ini,” kata Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

“Memang kami tiada perancangan awal untuk membawanya masuk, namun terdapat penaja yang ingin menawarkan dana mendapatkannya. Sebab itu kami segera mengusahakannya.”

Amri, 35, merupakan ayam tambatan pasukan Red Giants sebelum menyertai JDT pada tahun 2014.

Penyarung jersi bernombor 17 diiktiraf Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

“Terima kasih JDT. Terima kasih MU,” catat Amri ringkas dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Melaka United merupakan juara Liga Perdana musim ini dan merangkul Piala FAM musim lalu, lapor portal itu lagi.




0 comments:

Post a Comment