Friday 2 December 2016

Filled Under:

AKHIRNYA TERJAWAB!! PUNCA SEBENAR PENGAWAL PERIBADI TEMBAK DATUK SAMPAI MATI...RUPANYA..

AKHIRNYA TERJAWAB!! PUNCA SEBENAR PENGAWAL PERIBADI TEMBAK DATUK SAMPAI MATI...RUPANYA..

Georgetown: Pengawal peribadi yang melepaskan tembakan menyebabkan tiga maut, termasuk majikannya mempunyai latar belakang ketenteraan namun disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu sebagai suspek pertama, mempunyai permit untuk membawa serta menggunakan senjata api dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Difahamkan pengawal peribadi berusia 37 tahun berasal dari Kepong, Kuala Lumpur, itu baru sehari bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwang, 32, dan ketika kejadian dia berada di tempat duduk belakang manakala pemandu Datuk berkenaan duduk di penumpang hadapan. Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.

Khalid berkata, polis turut menahan pemandu berkenaan yang berusia 32 tahun.

Difahamkan, pemandu berkenaan yang duduk di depan bersama majikannya, melarikan diri selepas dipukul pengawal peribadi berkenaan yang duduk di belakang.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pagi ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Ahmad Tajudin Zain, membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, dua lagi mangsa yang maut ialah Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32, manakala yang cedera, Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32.




0 comments:

Post a Comment