Tuesday 6 December 2016

Filled Under:

AKHIRNYA KENA TANGKAP WANITA CURI BARANG SOROK DALAM PAKAIAN DALAM,,RUPANYA BUKAN CALANG-CALANG ORANGNYA...

AKHIRNYA KENA TANGKAP WANITA CURI BARANG SOROK DALAM PAKAIAN DALAM,,RUPANYA BUKAN CALANG-CALANG ORANGNYA...

Batu Pahat: Empat wanita termasuk dua remaja direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes curi produk kecantikan di sebuah butik di Parit Raja di sini, dengan menyembunyikannya dalam pakaian dalam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata empat wanita ditahan kira-kira jam 8 malam semalam, di kawasan berasingan di sini.


"Suspek mempunyai talian persaudaraan dan dua daripada mereka berusia 17 tahun manakala dua lagi berusia 22 dan 24.

"Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini dan polis mendapat perintah menahan reman empat hari bagi siasatan lanjut," katanya.

Semalam, perbuatan empat wanita mencuri barang dalam butik terbabit dengan menyembunyikannya dalam pakaian dalam, dikesan selepas pemilik butik meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Video lapan minit itu menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik rakaman itu Ahad lalu, meminta orang ramai membantu mengesan empat wanita berkenaan.




0 comments:

Post a Comment