Thursday 15 December 2016

Filled Under:

DAH AGAK DAH,,RUPANYA INI PUNCA SEBENAR PEMAIN IMPORT JORGE PEREYRA DIAZ TINGGALKAN JDT..

DAH AGAK DAH,,RUPANYA INI PUNCA SEBENAR PEMAIN IMPORT JORGE PEREYRA DIAZ TINGGALKAN JDT..

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memutuskan untuk menjual pemain importnya, Jorge Pereyra Diaz.

Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez berkata, penjualan Diaz kerana skuad Harimau Selatan sudah mendapat satu tawaran baharu yang baik untuk kelab.

“Saya telah membuat keputusan dan pihak pengurusan telah bersetuju untuk menjual penyerang luar negara kami, Jorge Pereyra Diaz kerana kami telah mendapat satu tawaran baru yang cukup baik buat kelab.

“Beliau mahu terus kekal di sini tetapi kami tidak mampu untuk membayar gaji baru yang dipinta dan kami perlu mengawal perbelanjaan duit kelab. Oleh itu, keputusan untuk menjual beliau adalah tepat,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers, di sini, semalam.

Mario Gomez berkata, seorang lagi pemain import JDT, Hariss Harun akan dihantar ke kelab di Portugal atau Jepun secara pinjaman selama setahun.

Katanya, corak permainan pemain kelahiran Singapura itu akan meningkat lebih baik jika diberi peluang bermain di tahap lebih tinggi.

“Hariss Harun pula adalah seorang pemain yang bagus dan cukup berdisiplin.

“Beliau amat bermakna buat kelab dan kami akan menghantar beliau ke kelab Portugal atau Jepun secara pinjaman selama setahun.

“Saya pasti dengan umur beliau sekarang, corak permainannya akan meningkat lebih baik jika beliau diberi peluang untuk bermain di tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Pengendali dari Argentina itu berkata, Hariss akan menjadi satu aset utama buat kelab pada masa akan datang selepas kembali bermain dengan kelab luar berkenaan.

“Buat masa sekarang, ini adalah perancangan yang terbaik buat kelab,” katanya.




0 comments:

Post a Comment